Pages

Subscribe:

Wednesday 18 November 2015

Kini Makin Terserlah, Apa Yang Disuarakan Mahathir Semakin Mengarut

Sepanjang serangan yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed terhadap kepimpinan negara hari ini, beliau telah berjaya menyumbang kepada perpecahan orang Melayu didalam UMNO dan beliau langsung tidak menunjukkan perasaan kesal terhadap apa yang beliau lakukan. Beliau kekal menjunjung egonya mengatakan, setiap apa yang beliau lakukan adalah untuk UMNO dan negara.
Terkini, menerusi blog beliau, chedet.cc, beliau mendakwa kejatuhan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah disebabkan oleh gerakan Datuk Seri Mohd Najib yang begitu beriya-iya mahu menjatuhkan Tun Abdullah. Ini benar-benar perkara yang melucukan dan terlalu jelas beliau kini semakin hilang sentuhan dan idea untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib.
images (22)
Sejarah dan catatan tidak pernah menipu. Semua orang tahu bahawa gerakan menjatuhkan Tun Abdullah dilakukan oleh Tun M sendiri sebaik sahaja Tun Abdullah memperolehi kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum ke 11. Malah antara faktor usaha menjatuhkan Tun Abdullah adalah kerana Tun Abdullah membatalkan projek Jambatan Bengkok yang begitu diidamkan oleh Tun M dalam meraih laba segera.
Sepanjang serangan Tun M ini, Datuk Seri Mohd Najib yang pada ketika itu Timbalan Perdana Menteri begitu sibuk melobi kepada semua Menteri Kabinet Tun Abdullah agar bersatu dan tidak melayan tohmahan kosong dari luar sebegini. Malah, seperti yang diakui oleh Tun Abdullah sendiri yang menyatakan :
“Disaat semua orang menentang saya, syukurlah, Timbalan saya masih kekal setia bersama saya dalam mengharungi hari-hari yang mencabar sebegini”
Dari kenyataan Tun Abdullah ini, jelas dapat dilihat kesetiaan Datuk Seri Mohd Najib terhadap ketuanya. Ianya sesuai dengan sebaris ayat yang dipetik daripada Al Quran dari surah An Nisa ayat 59 dimana menurut ayat berkenaan :
“taatlah kamu kepada ketuamu selagi ianya tidak berlaku zalim terhadapmu dan tidak mensyirikkan Ku”
Jesteru, dakwaan Tun M yang kononnya gerakan menjatuhkan Tun Abdullah dimulakan oleh Datuk Seri Mohd Najib adalah tidak masuk akal dan semakin mengarut. Umum mengetahui bagaimana beliau menyebabkan dua orang Perdana Menteri berundur hasil daripada sikapnya yang langsung tidak pernah ada erti menghormati kepada kepimpinan.
images (3)
Dapat difahami bahawa tindakan Tun ini sebenarnya hanya mahu mengeruhkan hubungan Tun Abdullah dan Datuk Seri Mohd Najib yang begitu rapat sejak Datuk Seri Mohd Najib belum lagi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Dalam banyak posting-posting di laman-laman sosial Facebook hari ini, dari lenggok bahasa tubuhnya, Tun Abdullah jelas menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib. Inilah yang tidak boleh diterima oleh Tun M dimana, andai sokongan begini berterusan, usaha beliau untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib akan menemui jalan buntu dan seterusnya memungkinkan kegagalan – sesuatu yang paling tidak disukai oleh Tun M.

0 comments:

Post a Comment