Pages

Subscribe:

Wednesday 18 November 2015

ATM tempatkan 4,500 anggota kawal Sidang Kemuncak ASEAN

hqdefault

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan kira-kira 4,500 anggotanya bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal keselamatan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang bermula hari ini sehingga 22 November.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dr. Zulkifeli Mohd. Zin berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan tahap keselamatan persidangan itu berada dalam keadaan baik.

“Kita sudah berbincang dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menempatkan anggota sepanjang persidangan itu berlangsung.

“Sebanyak 2,000 anggota ATM ditempatkan di sekitar Kuala Lumpur sementara baki 2,500 lagi bersiap sedia di beberapa lokasi berdekatan ibu kota ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Timbalan serta Panglima Tentera Laut di sini hari ini. –

UTUSAN ONLINE

0 comments:

Post a Comment