Pages

Subscribe:

Wednesday 18 November 2015

ATM tempatkan 4,500 anggota kawal Sidang Kemuncak ASEAN

hqdefault

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan kira-kira 4,500 anggotanya bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal keselamatan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang bermula hari ini sehingga 22 November.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dr. Zulkifeli Mohd. Zin berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan tahap keselamatan persidangan itu berada dalam keadaan baik.

“Kita sudah berbincang dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menempatkan anggota sepanjang persidangan itu berlangsung.

“Sebanyak 2,000 anggota ATM ditempatkan di sekitar Kuala Lumpur sementara baki 2,500 lagi bersiap sedia di beberapa lokasi berdekatan ibu kota ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Timbalan serta Panglima Tentera Laut di sini hari ini. –

UTUSAN ONLINE

Filipina Janji Buru Pembunuh Bernard Then

Philippines-Special-Forces

PETALING JAYA: Filipina berjanji akan mendapatkan keadilan bagi mangsa tebusan kumpulan militan Abu Sayyaf, Bernard Then yang didakwa dipenggal pada Selasa.

Menyifatkan pembunuhan itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan kejam, kedutaan Filipina di negara ini turut mengutuk pembunuhan berkenaan.

“Kekejaman yang dilakukan oleh kumpulan Abu Sayyaf adalah tidak berperikemanusiaan dan tidak wajar. Kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa terhadap kehilangan besar ini.

“Kami berharap dan berdoa agar keluarganya mendapat kekuatan dan tabah dalam mengatasi masa yang sangat sukar ini,” kata kedutaan itu dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, pihak berkuasa Filipina akan terus memburu pihak yang bertanggungjawab untuk dibawa ke muka keadilan.

Then, 49, yang merupakan jurutera dipenggal selepas enam bulan berada dalam tahanan Abu Sayyaf di Pulau Jolo, selatan Filipina walaupun dia dikatakan akan dibebaskan tidak lama lagi.

Tentera Filipina berkata, Then dibunuh selepas rundingan bagi membebaskannya gagal dengan kumpulan yang diketuai oleh Indang Susukan.

Mstar

Kini Makin Terserlah, Apa Yang Disuarakan Mahathir Semakin Mengarut

Sepanjang serangan yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed terhadap kepimpinan negara hari ini, beliau telah berjaya menyumbang kepada perpecahan orang Melayu didalam UMNO dan beliau langsung tidak menunjukkan perasaan kesal terhadap apa yang beliau lakukan. Beliau kekal menjunjung egonya mengatakan, setiap apa yang beliau lakukan adalah untuk UMNO dan negara.
Terkini, menerusi blog beliau, chedet.cc, beliau mendakwa kejatuhan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah disebabkan oleh gerakan Datuk Seri Mohd Najib yang begitu beriya-iya mahu menjatuhkan Tun Abdullah. Ini benar-benar perkara yang melucukan dan terlalu jelas beliau kini semakin hilang sentuhan dan idea untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib.
images (22)
Sejarah dan catatan tidak pernah menipu. Semua orang tahu bahawa gerakan menjatuhkan Tun Abdullah dilakukan oleh Tun M sendiri sebaik sahaja Tun Abdullah memperolehi kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum ke 11. Malah antara faktor usaha menjatuhkan Tun Abdullah adalah kerana Tun Abdullah membatalkan projek Jambatan Bengkok yang begitu diidamkan oleh Tun M dalam meraih laba segera.
Sepanjang serangan Tun M ini, Datuk Seri Mohd Najib yang pada ketika itu Timbalan Perdana Menteri begitu sibuk melobi kepada semua Menteri Kabinet Tun Abdullah agar bersatu dan tidak melayan tohmahan kosong dari luar sebegini. Malah, seperti yang diakui oleh Tun Abdullah sendiri yang menyatakan :
“Disaat semua orang menentang saya, syukurlah, Timbalan saya masih kekal setia bersama saya dalam mengharungi hari-hari yang mencabar sebegini”
Dari kenyataan Tun Abdullah ini, jelas dapat dilihat kesetiaan Datuk Seri Mohd Najib terhadap ketuanya. Ianya sesuai dengan sebaris ayat yang dipetik daripada Al Quran dari surah An Nisa ayat 59 dimana menurut ayat berkenaan :
“taatlah kamu kepada ketuamu selagi ianya tidak berlaku zalim terhadapmu dan tidak mensyirikkan Ku”
Jesteru, dakwaan Tun M yang kononnya gerakan menjatuhkan Tun Abdullah dimulakan oleh Datuk Seri Mohd Najib adalah tidak masuk akal dan semakin mengarut. Umum mengetahui bagaimana beliau menyebabkan dua orang Perdana Menteri berundur hasil daripada sikapnya yang langsung tidak pernah ada erti menghormati kepada kepimpinan.
images (3)
Dapat difahami bahawa tindakan Tun ini sebenarnya hanya mahu mengeruhkan hubungan Tun Abdullah dan Datuk Seri Mohd Najib yang begitu rapat sejak Datuk Seri Mohd Najib belum lagi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Dalam banyak posting-posting di laman-laman sosial Facebook hari ini, dari lenggok bahasa tubuhnya, Tun Abdullah jelas menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib. Inilah yang tidak boleh diterima oleh Tun M dimana, andai sokongan begini berterusan, usaha beliau untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib akan menemui jalan buntu dan seterusnya memungkinkan kegagalan – sesuatu yang paling tidak disukai oleh Tun M.

Jawapan Penuh Isu YaPIEM - Part 3

Jawapan Penuh Isu YaPIEM - Part 3

Jawapan Penuh Isu YaPIEM - Part 3

Jawapan Penuh Isu YaPIEM - Part 4

Jawapan Penuh Isu YaPIEM - Part 2

Jawapan Penuh Isu YaPIEM - Part 2

Jawapan Penuh Isu YaPIEM - Part 1

Najib Razak : Tinjauan Depoh MRT Sungai Buloh

Hadi: Takkan Benar Bandar Dikuasai DAP

Presiden Pas : Calon Pil Kuda

Banjir Kilat Bandaraya Johor Bahru

SIDANG KEMUNCAK G20: KERJASAMA EKONOMI BERPENGARUH DUNIA [14 NOV 2015]

PESTA AIR KUALA PERLIS 2015

Embedded image permalink

PAS Sifatkan Guan Eng Sebagai "Merapu"

Part 3 Full Video: Penerangan #1MDB Oleh Arul Kanda

Part 2 Full Video: Penerangan #1MDB Oleh Arul Kanda

Part 1 Full Video: Penerangan #1MDB Oleh Arul Kanda

Invois Ini Membongkar Fitnah Jahat Terhadap YaPEIM

Pengumuman keputusan UPSR 2015

TahukahAnda Penyertaan PLKN secara sukarela dijangka dilaksanakan menjelang 2019?



Menyedari bahawa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan belia dan anak muda negara, kerajaan melalui Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menetapkan bahawa menjelang tahun 2019, penyertaan PLKN adalah secara suka-rela bagi memberi peluang kepada semua belia dan anak muda menyertai program ini. 

Sunday 15 November 2015

PARIS BERDARAH 2015




PARIS, ARRAHMAHNEWSCOM – Tragedi penembakan dan ledakan terjadi di Paris, Prancis, Jumat malam, 13 November 2015, waktu setempat. Dilaporkan, ratusan orang tewas dalam insiden yang terjadi di dekat pusat kesenian Bataclan.
Lokasi kejadian tepatnya di Stadium State de France, Gedung Konser Bataclan, Rue Bichat, Av. de la Republique, Bd. Voltaire, Rue Charonne, Bld Beaumarchais



Friday 13 November 2015

PASCA BANJIR 2016


PROGRAM MAYC


SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA (SL1M)


Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) adalah program untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

MRT - SEJARAH PROJEK

TAHNIAH POLIS EVO KUTIPAN LEBIH 15 JUTA




HARIMAU MALAYA TUMBANG LAGI

FOR VAPERS




TAHNIAH JDT!!! LUASKAN KUASAMU




TRAGEDI TANAH RUNTUH KARAK




TAKZIAH DIUCAPKAN KEPADA YANG TERLIBAT

1MDB DAN JAWAPANNYA





HAPPY DEPAVALI


BAJET 2016